Kata Arah

Bil. Kata Arah

方向词

Ayat Contoh

1 tepi 旁边 Saya duduk di tepi ibu saya.
2 sisi 旁边 Saya duduk di sisi ibu saya.
3 samping 旁边 Saya duduk di samping ibu saya.
4 sebelah 旁边 Saya duduk di sebelah ibu saya.
5 dalam 里面 Abdullah menyimpan buku di dalam laci.
6 luar 外面 Abang saya bermain layang-layang di luar rumah.
7 seberang 对面 Ahmad tinggal di seberang sungai.
8 atas 上面 Kamal menyanyi di atas pentas.
9 bawah 下面 Kucing saya sedang tidur di bawah meja.
10 sudut 角落 Katil itu terletak di sudut bilik.
11 penjuru 角落 Katil itu terletak di penjuru bilik.
12 depan 前面 Dia berdiri di depan cermin itu.
13 hadapan 前面 Dia berdiri di hadapan cermin itu.
14 belakang 后面 Saya duduk di belakang Ahmad.
15 tengah 中间 Kita jangan bermain bola di tengah jalan.
16 kanan 右边 Saya berdiri di sebelah kanan kawan saya.
17 kiri 左边 Terdapat sebatang sungai di sebelah kiri rumah saya.
18 hujung 尾端/尽头 Sekolah saya terletak di hujung jalan.
19 pangkal 前端/开头 Terdapat seekor ular di pangkal pokok itu.
20 puncak 顶端 Kami berjaya mendaki ke puncak gunung itu.
21 kaki 底端 Rumah Ali terletak di kaki bukit itu.
22 antara 之间 Lee berdiri di antara Mutu dengan Ahmad.
23 timur 东边 Matahari terbit dari timur.
24 barat 西边 Matahari terbenam di barat.
25 utara 北边 Negara China dan Jepun terletak di utara Malaysia.
26 selatan 南边 Jarum kompas sentiasa menunjuk ke arah selatan.
27 celah 隙缝 Terdapat banyak semut di celah batu-batu itu.
28 sebalik 背面 Adik saya bersembunyi di sebalik pintu.
Advertisements