Simpulan Bahasa *E*

Simpulan Bahasa E成语                                                                                            

Bil.

Simpulan Bahasa

Erti

注解

1 Ekor cicak rambut yang berjuntai antara telinga dan pipi 在耳朵与脸颊间垂着的头发
2 Ekor mata sudut mata di sebelah luar 外眼角
3 Emas tempawan gelaran untuk wanita yang cantik atau yang dikasihi 指夸赞美丽的女子的称号
4 Embun pagi kabus pada waktu pagi 晨雾

 

Simpulan Bahasa *D*

Simpulan Bahasa D成语                                                                                            

Bil.

Simpulan Bahasa

Erti

注解

1 Dada bidang dada yang lebar 宽阔的胸膛
2 Dahi licin perempuan yang cantik 美丽的女子
3 Daki dunia harta dunia yang tidak boleh dibawa selepas mati 死后不能带走的财物
4 Dalam tangan sudah pasti akan dapat 肯定可以得到的
5 Darah daging anak sendiri 亲生骨肉
6 Darah gemuruh perasaan gementar dan mudah gugup 紧张;容易慌张
7 Darah panas cepat marah 容易发怒
8 Diam-diam ubi membuat sesuatu kerja atau usaha yang baik secara senyap 默默耕耘
9 Dingin hati tidak riang; tidak gembira; tidak bersemangat 不高兴
10 Dua kali lima dua benda atau manusia yang sama sifatnya 两个物体或人很相似
11 Duit kopi wang diberikan untuk mendapatkan sesuatu; wang rasuah 贿赂;买通别人替自己办事的金钱
12 Durian runtuh keuntungan yang mendadak 意外的收获

 

Simpulan Bahasa *C*

Simpulan Bahasa C成语                                                                                            

Bil.

Simpulan Bahasa

Erti

注解

1 Cacing kepanasan gelisah; tidak tenang 焦虑不安;坐立不安
2 Cahaya mata anak 孩子
3 Cakap angin percakapan yang tidak berfaedah 毫无意义的话语
4 Cakap berisi percakapan yang berfaedah 有建设性的话语
5 Cakap besar orang yang hanya tahu bercakap untuk menunjukkan kelebihan diri 自吹自擂
6 Cakar ayam tulisan yang buruk atau tidak dapat dibaca 潦草的字体
7 Campur tangan terlibat dalam urusan orang lain 插手干涉别人的事
8 Cangkul angin melakukan kerja yang sia-sia 做无益的事;徒劳无功
9 Cari akal mencari jalan; berikhtiar 想办法解决某件事情
10 Cari fasal sengaja mencari alasan untuk bergaduh 故意找理由引起纷争
11 Cari jalan berusaha untuk mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi 想办法解决某件事情
12 Cari mati melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri 不顾生命危险去做某件事
13 Cekik darah orang yang memeras wang, harga atau tenaga 榨取他人的金钱或精力
14 Cepat mulut mudah mengeluarkan kata-kata sebelum berfikir terlebih dahulu 说话冒失;没想清楚就乱说话
15 Cepat tangan orang yang suka mencuri 喜欢偷东西的人
16 Cermin diri mengkaji diri sendiri terlebih dahulu sebelum mengkritik orang lain 说别人的坏话前先检讨自己
17 Cina buta lelaki yang mengahwini wanita yang telah diceraikan dengan talak tiga oleh suaminya, kemudian diceraikannya supaya wanita itu dapat berkahwin dengan bekas suaminya semula 一个与丈夫离婚三次的回教女子,必须先嫁给一个男子,然后再离婚,才能和前夫破镜重圆。那个男子就是cina buta。
18 Cuci tangan tidak mahu campur tangan dalam hal orang lain 不多管闲事;置身事外
19 Cupak hanyut lenggang dan langkah yang lemah lembut 婀娜多姿
20 Cupak pesuk bercakap sesuka hati tanpa memikirkan kesan percakapannya 没有考虑后果就随便说话
21 Curi tulang malas melakukan kerja 懒惰

 

Simpulan Bahasa *B*

Simpulan Bahasa B成语                                                                                            

Bil.

Simpulan Bahasa

Erti

注解

1 Bahasa dalam kata-kata kehormatan; bahasa yang dipakai di istana 皇室用语
2 Bahasa kesat kata-kata yang menyakiti hati orang 伤害别人的话语
3 Bahasa pasar bahasa percakapan hari-hari yang tidak betul dari segi struktur dan tatabahasa 日常用语
4 Baik hati suka membantu orang 好心;喜欢帮助人
5 Baik sangka ramah mesra dan muhibah 和蔼可亲
6 Bangkai bernyawa orang yang tidak berguna 没用的人
7 Banyak lemak terlalu dimanjakan atau mengada-ada 被父母溺爱的孩子
8 Banyak mulut banyak bercakap 喜欢说话的人
9 Bapa ayam orang yang tidak menjaga anak-anak 不照顾孩子的人
10 Barang kemas barang perhiasan yang dipakai oleh wanita 首饰;女人佩戴的装饰物
11 Batang tubuh diri sendiri 自己;本身
12 Batu api penghasut 生事的人;导火线
13 Batu loncatan orang atau tempat yang dipergunakan untuk mencapai sesuatu 踏脚石;被利用来达到某种目的人
14 Bau-bau bacang hubungan persaudaraan yang jauh 关系疏远的亲戚
15 Bawa bersemuka dua pihak yang bergaduh bertemu antara satu sama lain untuk berbincang 争执的双方面对面谈判
16 Bawa diri pandai bergaul 善于交际
17 Bawa hati merajuk 发牢骚
18 Bawa mulut suka menceritakan keburukan orang lain 喜欢搬弄是非
19 Bawa ke tengah membawa sesuatu hal ke mahkamah 把争论的事情带到法庭
20 Bawa nyawa lari untuk menyelamatkan diri 逃离为了救命
21 Bawah angin negara-negara timur 东方国家
22 Bekas tangan hasil kerja tangan seseorang 手工艺品
23 Bendera putih mengaku kalah 投降;认输
24 Berani mati sanggup menempuh apa jua halangan 不怕任何挑战去做某件事情
25 Berat badan malas berusaha 懒惰不努力
26 Berat hati tidak sampai hati 不舍得
27 Berat lidah pendiam 不喜欢讲话的人
28 Berat mulut pendiam 不喜欢讲话的人
29 Berat sebelah tidak adil 不公平
30 Berat tangan malas bekerja 懒惰工作
31 Berat telinga pendengaran seseorang kurang jelas 听觉不灵光
32 Berat tulang pemalas 懒惰的人
33 Berbadan dua hamil atau mengandung 怀孕
34 Berdiam diri membisu; tidak bercakap 沉默不语
35 Berganti tikar mengahwini adik ipar setelah isteri meninggal dunia 在妻子死后娶弟妇为妻
36 Beri jalan beri idea atau cadangan 提供意见
37 Beri muka memberi kasih sayang dengan berlebih-lebihan atau membiarkan seseorang melakukan sesuatu sesuka hatinya 过度溺爱
38 Berbuih mulut berleter tidak berhenti-henti atau memberikan nasihat 不停地发牢骚;苦口婆心
39 Berbulu mata berasa benci 憎恨
40 Berjabat tangan bersalam 握手问候
41 Bermain mata mengenyitkan sebelah mata 挤眉弄眼
42 Bermasam muka tidak bertegur kerana berselisih faham 因误会而不理睬对方
43 Bermati-matian bersungguh-sungguh dalam membuat sesuatu kerja 勤奋做事
44 Bermuka-muka pembelot atau tidak jujur 不诚实;双面人
45 Bermuka dua pembelot atau tidak jujur 不诚实;双面人
46 Berpaling tadah mengkhianati pihak yang disokong 背叛
47 Berpegang tangan berjalan berpimpin tangan 牵手
48 Berpeluk tubuh tidak membuat apa-apa kerja 袖手旁观; 没有做任何事
49 Berputih tulang berani atau sanggup mati demi mempertahankan negara 愿意牺牲来保卫国家
50 Bertegang leher bergaduh 吵架
51 Bertentang muka berhadapan antara satu sama lain 面对面
52 Bertikam lidah bertengkar 争吵
53 Berumahtangga berkahwin 结婚;成家立室
54 Besar diri sombong dan angkuh 骄傲
55 Besar hati bangga 自豪
56 Besar kepala degil; keras hati 固执
57 Biawak hidup beban yang ditanggung 背负的负担
58 Bidan terjun menggantikan seseorang secara mendadak 临时代替别人
59 Bintang gelap nasib malang 运气不好
60 Bintang terang nasib baik 好运气
61 Bodoh sepat berpura-pura bodoh 装疯卖傻
62 Bodoh sombong orang yang bodoh tetapi tidak mahu menerima nasihat orang lain 不愿听劝的傻子
63 Buah fikiran pendapat 意见
64 Buah hati kekasih hati 心爱的人
65 Buah mulut topik perbualan 话题
66 Buah pena hasil penulisan 手写作品
67 Buah tangan hadiah; oleh-oleh 礼物
68 Buang diri menjauhkan diri ke tempat lain 离开到另一个地方去
69 Buat helah mencari jalan untuk melepaskan diri daripada kesalahan yang dilakukan 想办法来掩饰自己的错误
70 Buaya darat lelaki yang suka mempermainkan perempuan 花花公子;色狼
71 Budak mentah tidak cukup umur 未成年
72 Buka mata sedar atau mengetahui hal yang sebenar 明白清楚某件事情
73 Buka tembelang membongkarkan rahsia seseorang 揭露别人的秘密
74 Buku lima penumbuk 拳头
75 Bulan madu melancong selepas berkahwin 蜜月
76 Bulat fikiran mengambil keputusan muktamad 做最后的决定
77 Bulat hati berazam; bertekad 下定决心
78 Bulat kata kata sepakat 异口同声
79 Bulat suara persetujuan ramai 异口同声
80 Bunga api punca pergaduhan 争执的原因;导火线
81 Bunga dedap perempuan yang cantik tetapi berperangai buruk 美丽但品行不好的女子
82 Bunga wang faedah atas pinjaman wang atau simpanan wang 利息
83 Buruk laku kelakuan yang tidak baik 不好的行为
84 Buruk makan orang yang makan dengan gelojoh; tamak makan 贪吃且吃相难看的人
85 Buruk siku mengambil balik barang yang telah diberikan kepada orang lain 讨回送出去的东西
86 Busuk hati perasaan dengki 憎恨
87 Buta ayam tidak dapat melihat dengan jelas pada waktu malam 夜盲
88 Buta hati zalim;kejam; tidak berpengetahuan 残忍
89 Buta huruf tidak tahu membaca dan menulis 文盲
90 Buta tuli melakukan sesuatu dengan terburu-buru tanpa berfikir terlebih dahulu 做事冲动
91 Buta warna tidak dapat membezakan warna 色盲

 

Kata Pemeri

Kata Pemeri 显示词                                                                                              

Bil.

Kata Pemeri

显示词

Ayat Contoh

1 ialah 是(在名词前面) Encik Tan ialah seorang peguam yang berpengalaman.
2 adalah 是(在形容词和介词前面) Tujuan lawatan itu diadakan adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan murid-murid.

Rasa makanan itu adalah manis.

 

Kata Nafi

Kata Nafi 否认词                                                                                                 

Bil.

Kata Nafi

否认词

Ayat Contoh

1 bukan 是(在名词和介词前面) Budak itu bukan adik saya.

Hadiah ini bukan untuk kamu.

2 tidak 是(在形容词和动词前面) Buku itu tidak mahal.

Murid yang malas itu tidak membaca buku.

 

Kata Perintah

Kata Perintah 祈使词                                                               

Bil.

Kata Perintah

祈使词

Ayat Contoh

1 Harap 期待/希望 Harap kamu akan menolongnya.
2 Jangan 禁止/不允许/不可以做某件事情 Jangan memetik bunga di taman bunga.
3 Jemput 邀请(正在进行) Jemput duduk di tempat yang disediakan.
4 Minta 请求别人 (通常超过一个人) 听指示 Minta semua peserta berkumpul di dewan.
5 Sila 有礼貌地请求/邀请(通常没有请求帮忙) Sila simpankan tiket ini.
6 Tolong 请求别人帮忙做某件事情 Tolong ambilkan jam di atas meja itu.
7 Usah 不愿意/不用别人做某件事(通常对某个人说 Usah usik buku-buku yang disusun di atas meja itu.