Aku Seekor Kucing

Aku seekor kucing. Aku ialah seekor kucing jantan yang comel. Aku berusia dua tahun. Bulu aku berwarna putih dan panjang. Bulu saya sangat lebat dan lembut. Mata aku berwarna coklat.

Aku merupakan kucing daripada baka Parsi. Aku dijual di sebuah kedai haiwan. Di sini, aku telah berkenalan dengan rakan-rakan daripada spesies lain seperti British Shorthair, Siam, Tiffany dan lain-lain. Aku dijual dengan harga RM2000 kerana aku ialah sejenis kucing yang sangat bernilai.

Pada suatu hari, seorang peniaga bersama isterinya datang ke kedai haiwan tersebut. Mereka ingin membeli seekor kucing untuk dihadiahkan kepada anak perempuan mereka sempena hari jadinya. Aku telah berjaya menawan hati pasangan suami isteri itu. Selepas itu, aku telah dibawa pulang ke rumah tuan baharu aku selepas dibayar harga aku.

Anak perempuan pasangan suami isteri itu berasa sangat gembira apabila menerima aku daripada ibu bapanya pada hari jadinya. Sejak hari itu, aku menjadi teman istimewa kepada tuan baharu aku.

Aku berasa sangat bertuah kerana tuan aku seorang yang baik hati dan penyayang. Dia suka membelai badan aku. Kadang-kala, bulu aku disikat rapi oleh tuan aku. Selain itu, tuan aku akan memandikan aku sekali dalam seminggu. Aku dimandikan dengan menggunakan syampu khas. Oleh itu, aku kelihatan sentiasa bersih dan cantik.

***Sila emel cikgu_hii@yahoo.com untuk karangan yang lengkap.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s