Faedah Membaca

Setiap orang mesti mengamalkan tabiat membaca. Membaca mendatangkan banyak kebaikan kepada kita.

Kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita apabila membaca. Kita boleh membaca surat khabar, majalah, buku novel, buku cerita dan sebagainya. Kita dapat mengetahui perkara dalam pelbagai bidang seperti sains, bahasa, agama, pendidikan dan sebagainya.Ilmu-ilmu yang kita dapati boleh membantu kita dalam pelajaran.

Selain itu, kita dapat mengetahui berita terkini jika rajin membaca. Kita boleh membaca surat khabar untuk mengetahui perkara yang berlaku di dalam dan di luar negara. Kita boleh mengetahui berita itu dalam masa yang cepat dan singkat. Oleh itu, kita tidak akan menjadi seperti katak di bawah tempurung.

Seterusnya, rajin membaca membolehkan kita mengisi masa lapang kita dengan baik. Masa yang terluang dapat digunakan untuk melakukan aktiviti yang berfaedah dengan membaca bahan-bahan yang berguna. Dengan ini, kita tidak akan membuang masa dengan sia-sia sahaja seperti merayau-rayau, mencuri, merokok, melepak, merosakkan kemudahan awam dan sebagainya. Amalan membaca menghindarkan kita melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Kita akan lebih menghargai masa kerana masa itu emas.

Di samping itu, kita boleh menambahkan kosa kata jika selalu membaca.Kosa kata yang kita dapati boleh membantu kita dalam pelajaran terutamanya dalam penulisan karangan. Dengan cara ini, akan membantu kita memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Sila emelkan cikgu_hii@yahoo.com untuk karangan yang lengkap.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s