Kegunaan Buluh

“Melentur buluh biarlah daripada rebungnya” merupakan peribahasa yang sering disebut-sebutkan.Buluh merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai batang yang keras.Pokok buluh mudah membiak dan cepat membesar.Pokok buluh biasanya terdapat di kawasan-kawasan yang berhampiran dengan sungai.Pokok buluh mempunyai banyak kegunaan.Oleh sebab itu, pokok buluh juga dikenali sebagai “Pokok Serba Guna”.

Rebung merupakan anak buluh yang biasa digunakan sebagai bahan untuk membuat hidangan. Apabila rebung dijeruk atau dibuat gulai, rasanya sangat sedap. Batang buluh pula dijadikan bekas lemang.Tanpa buluh, lemang yang menjadi makanan istimewa masyarakat Melayu tidak dapat dibuat.

Selain itu, buluh dapat digunakan untuk menghasilkan barangan kegunaan harian dan kraf tangan seperti tikar, bakul, tabung, cucuk sanggul, senduk nasi, sikat, tudung saji, perabot dan lain-lain lagi.Dengan kemahiran yang tinggi, pembuat barangan itu membentuk dan menjalin kepingan buluh menjadi barangan yang berkualiti tinggi.

Di samping itu, buluh juga boleh digunakan untuk membuat alat penangkapan seperti serkap ayam, sangkar burung dan bubu ikan.Kaum bumiputera juga menggunakannya untuk membuat senjata seperti lembing dan sumpit.

Sila emelkan cikgu_hii@yahoo.com untuk karangan yang lengkap.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s