Faedah Membaca

Setiap orang mesti mengamalkan tabiat membaca. Membaca mendatangkan banyak kebaikan kepada kita.

Kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita apabila membaca. Kita boleh membaca surat khabar, majalah, buku novel, buku cerita dan sebagainya. Kita dapat mengetahui perkara dalam pelbagai bidang seperti sains, bahasa, agama, pendidikan dan sebagainya.Ilmu-ilmu yang kita dapati boleh membantu kita dalam pelajaran.

Selain itu, kita dapat mengetahui berita terkini jika rajin membaca. Kita boleh membaca surat khabar untuk mengetahui perkara yang berlaku di dalam dan di luar negara. Kita boleh mengetahui berita itu dalam masa yang cepat dan singkat. Oleh itu, kita tidak akan menjadi seperti katak di bawah tempurung.

Seterusnya, rajin membaca membolehkan kita mengisi masa lapang kita dengan baik. Masa yang terluang dapat digunakan untuk melakukan aktiviti yang berfaedah dengan membaca bahan-bahan yang berguna. Dengan ini, kita tidak akan membuang masa dengan sia-sia sahaja seperti merayau-rayau, mencuri, merokok, melepak, merosakkan kemudahan awam dan sebagainya. Amalan membaca menghindarkan kita melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Kita akan lebih menghargai masa kerana masa itu emas.

Continue reading

Kegunaan Buluh

“Melentur buluh biarlah daripada rebungnya” merupakan peribahasa yang sering disebut-sebutkan.Buluh merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai batang yang keras.Pokok buluh mudah membiak dan cepat membesar.Pokok buluh biasanya terdapat di kawasan-kawasan yang berhampiran dengan sungai.Pokok buluh mempunyai banyak kegunaan.Oleh sebab itu, pokok buluh juga dikenali sebagai “Pokok Serba Guna”.

Rebung merupakan anak buluh yang biasa digunakan sebagai bahan untuk membuat hidangan. Apabila rebung dijeruk atau dibuat gulai, rasanya sangat sedap. Batang buluh pula dijadikan bekas lemang.Tanpa buluh, lemang yang menjadi makanan istimewa masyarakat Melayu tidak dapat dibuat.

Selain itu, buluh dapat digunakan untuk menghasilkan barangan kegunaan harian dan kraf tangan seperti tikar, bakul, tabung, cucuk sanggul, senduk nasi, sikat, tudung saji, perabot dan lain-lain lagi.Dengan kemahiran yang tinggi, pembuat barangan itu membentuk dan menjalin kepingan buluh menjadi barangan yang berkualiti tinggi.

Continue reading

Surat Kiriman Biasa – Menceritakan keistimewaan tempat menarik di Malaysia

1B, Jalan Berjaya,

40100 Shah Alam,

Kuala Lumpur.

23 OGOS 2016.

 

Menemui sahabatku, Chong Wei yang kini berada di Singapura. Semoga sihat sejahtera.

 

Saudara,

Apa khabar? Saya di sini sihat-sihat sahaja. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan tempat-tempat menarik yang terdapat di negara saya.

Negara saya kaya dengan destinasi pelancongan yang menarik untuk dikunjungi. Ibu kota Kuala Lumpur mempunyai banyak mercun tanda yang menarik. Antaranya Menara Berkembar Petronas (KLCC), Menara Kuala Lumpur, Zoo Negara, Pusat Sains Negara, Planetarium Negara dan sebagainya.

Malaysia juga mempunyai kawasan peranginan tanah tinggi yang menarik. Antaranya seperti Tanah Tinggi Cameron, Tanah Tinggi Genting, Bukit Fraser, Bukit Tinggi dan Bukit Bendera. Saudara dapat menikmati dan menyedut udara yang nyaman.Tanah tinggi Cameron merupakan kawasan penanaman teh, sayur-sayuran dan bunga-bungaan yang utama di Malaysia. Tanah Tinggi Genting pula merupakan kota keriangan untuk kita berhibur dengan permainan yang sungguh menyeronokkan.

Di Malaysia, juga terdapat pulau peranginan yang mempunyai pantai yang bersih dan putih. Pulau Tioman, Pulau Pangkor, Pulau Langkawi, Pulau Redang dan Pulau Sipadan adalah antara pulau yang amat indah. Selain itu, pantai ini juga terkenal dengan batu karang dan hidupan air yang berwarna-warni.

Continue reading

Saya Sebuah komputer

Aku sebuah komputer. Aku dilahirkan di sebuah kilang komputer yang terletak di Jepun. Nama aku ialah Acer. Badanku diperbuat daripada bahan yang berkualiti tinggi. Badanku berwarna biru.

Setelah siap dipasang dan dibungkus dengan plastik, aku dimasukkan ke dalam kotak. Aku dan rakan-rakanku dihantar ke sebuah kedai komputer di Kuala Lumpur dengan lori. Sebaik sampai di sana, aku dipamerkan di tempat khas. Begitu juga dengan rakan-rakanku.

Pada suatu hari, seorang wanita datang ke kedai tersebut untuk membeli komputer. Wanita itu tertarik dengan kelebihan aku. Hal ini demikian kerana aku merupakan model komputer yang terkini. Aku juga dilengkapi dengan pelbagai perisian dan program.

Continue reading

Kata Nafi

Kata Nafi 否认词                                                                                                 

Bil.

Kata Nafi

否认词

Ayat Contoh

1 bukan 是(在名词和介词前面) Budak itu bukan adik saya.

Hadiah ini bukan untuk kamu.

2 tidak 是(在形容词和动词前面) Buku itu tidak mahal.

Murid yang malas itu tidak membaca buku.

 

Kata Perintah

Kata Perintah 祈使词                                                               

Bil.

Kata Perintah

祈使词

Ayat Contoh

1 Harap 期待/希望 Harap kamu akan menolongnya.
2 Jangan 禁止/不允许/不可以做某件事情 Jangan memetik bunga di taman bunga.
3 Jemput 邀请(正在进行) Jemput duduk di tempat yang disediakan.
4 Minta 请求别人 (通常超过一个人) 听指示 Minta semua peserta berkumpul di dewan.
5 Sila 有礼貌地请求/邀请(通常没有请求帮忙) Sila simpankan tiket ini.
6 Tolong 请求别人帮忙做某件事情 Tolong ambilkan jam di atas meja itu.
7 Usah 不愿意/不用别人做某件事(通常对某个人说 Usah usik buku-buku yang disusun di atas meja itu.

 

Kata Tanya

Kata Tanya 疑问词                                                               

Bil.

Kata Tanya

疑问词

Ayat Contoh

1 Apa 什么 Apakah barang itu?

Awak makan apa?

2 Bagaimana 怎样 Bagaimanakah membuat layang-layang?
3 Berapa 多少 Berapa orangkah dalam kumpulan kamu?

Kumpulan kamu ada berapa orang?

4 Bila 什么时候 Bilakah kamu balik ke kampung?
5 Di mana 在那里 Kamu tinggal di mana?

Di manakah kamu tinggal?

6 Ke mana 去那里 Kamu pergi ke mana?

Ke manakah kamu pergi?

7 Kenapa 为什么 Kenapakah kamu tidak datang ke sekolah?
8 Mengapa 为什么 Mengapakah budak itu menangis?
9 Siapa Siapakah yang mengotorkan meja itu?

Kamu pergi ke bandar bersama siapa?

 

Kesalahan Tatabahasa语法错误:

1 Apa barang itu? (salah)
  Apakah barang itu? (betul)
2 Awak makan apa. (salah)
  Awak makan apa? (betul)