Aku Seekor Kucing

Aku seekor kucing. Aku ialah seekor kucing jantan yang comel. Aku berusia dua tahun. Bulu aku berwarna putih dan panjang. Bulu saya sangat lebat dan lembut. Mata aku berwarna coklat.

Aku merupakan kucing daripada baka Parsi. Aku dijual di sebuah kedai haiwan. Di sini, aku telah berkenalan dengan rakan-rakan daripada spesies lain seperti British Shorthair, Siam, Tiffany dan lain-lain. Aku dijual dengan harga RM2000 kerana aku ialah sejenis kucing yang sangat bernilai.

Pada suatu hari, seorang peniaga bersama isterinya datang ke kedai haiwan tersebut. Mereka ingin membeli seekor kucing untuk dihadiahkan kepada anak perempuan mereka sempena hari jadinya. Aku telah berjaya menawan hati pasangan suami isteri itu. Selepas itu, aku telah dibawa pulang ke rumah tuan baharu aku selepas dibayar harga aku.

Anak perempuan pasangan suami isteri itu berasa sangat gembira apabila menerima aku daripada ibu bapanya pada hari jadinya. Sejak hari itu, aku menjadi teman istimewa kepada tuan baharu aku.

Continue reading

Kata Pemeri

Kata Pemeri 显示词                                                                                              

Bil.

Kata Pemeri

显示词

Ayat Contoh

1 ialah 是(在名词前面) Encik Tan ialah seorang peguam yang berpengalaman.
2 adalah 是(在形容词和介词前面) Tujuan lawatan itu diadakan adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan murid-murid.

Rasa makanan itu adalah manis.