Kegunaan Buluh

“Melentur buluh biarlah daripada rebungnya” merupakan peribahasa yang sering disebut-sebutkan.Buluh merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai batang yang keras.Pokok buluh mudah membiak dan cepat membesar.Pokok buluh biasanya terdapat di kawasan-kawasan yang berhampiran dengan sungai.Pokok buluh mempunyai banyak kegunaan.Oleh sebab itu, pokok buluh juga dikenali sebagai “Pokok Serba Guna”.

Rebung merupakan anak buluh yang biasa digunakan sebagai bahan untuk membuat hidangan. Apabila rebung dijeruk atau dibuat gulai, rasanya sangat sedap. Batang buluh pula dijadikan bekas lemang.Tanpa buluh, lemang yang menjadi makanan istimewa masyarakat Melayu tidak dapat dibuat.

Selain itu, buluh dapat digunakan untuk menghasilkan barangan kegunaan harian dan kraf tangan seperti tikar, bakul, tabung, cucuk sanggul, senduk nasi, sikat, tudung saji, perabot dan lain-lain lagi.Dengan kemahiran yang tinggi, pembuat barangan itu membentuk dan menjalin kepingan buluh menjadi barangan yang berkualiti tinggi.

Continue reading

Advertisements